X

Kindly register in order to view this article
!

The Lions diingatkan tidak pandang mudah baki tiga perlawanan

Mustaza mahu pemain The Lions mengekalkan momentum positif ketika mengatasi TFC ketika berdepan Selangor di Shah Alam minggu ini.
A
A

PEMAIN-pemain The Lions diingatkan supaya tidak alpa sebaliknya fokus mengekalkan momentum positif dalam mengharungi baki tiga perlawanan CIMB Liga Super bermula dengan aksi menentang Selangor di Stadium UiTM Shah Alam Sabtu ini.

Menurut Pengurus UiTM FC, Mustaza Ahmad, kejayaan mengejutkan Terengganu FC minggu lalu seharusnya menjadi suntikan semangat dan bukannya mengalpakan pemain-pemain The Lions.

“Alhamdulillah, biarpun ini musim pertama bersaing di pentas elit bola sepak negara buat The Lions, namun saya amat berpuas hati dengan prestasi dan komitmen serta semangat juang dipamerkan hasil gandingan pemain lokal dan import selepas saingan liga bersambung.

“Kena ingat masih terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan pemain-pemain dalam memantapkan kualiti permainan masing-masing.

“Apapun perjuangan The Lions dalam saingan CIMB Liga Super masih belum berakhir kerana masih terdapat tiga baki saingan yang perlu diharungi pemain-pemain yakni menentang Selangor, PJ City dan Sabah.

“Bagi aksi menentang Selangor Sabtu ini, lawan boleh diibaratkan seperti harimau yang sedang luka selepas tewas 1-6 kepada JDT minggu lalu. Pengalaman tewas menentang Perak patut menjadi pengalaman kepada barisan pemain dan kejurulatihan. UiTM FC perlu lebih berwaspada, namun janganlah terlalu menghormati status Gergasi Merah,” katanya.

Skuad kendalian Frank Bernhardt itu kini berada pada kedudukan keempat liga selepas mengharungi lapan perlawanan dengan 13 mata akan meneruskan baki tiga perlawanan menentang Selangor, PJ City dan Sabah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!