X

Kindly register in order to view this article
!

Wartawan AS ditemui mati dalam kereta di Turki

Wartawan Amerika Syarikat (AS) Andre Vltchek ditemui maut dalam kereta sewa sejurus tiba di Istanbul, Turki pada Selasa.
A
A

ISTANBUL - Wartawan Amerika Syarikat (AS) Andre Vltchek ditemui maut dalam kereta sewa sejurus tiba di Istanbul, Turki pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.

Andre Vltchek didapati tidak sedarkan diri oleh isterinya, Rossie Indira Vltchek ketika dalam perjalanan ke sebuah hotel di daerah Karakoy.

Menurut sumber, Indira Vltchek menghubungi petugas perubatan yang kemudian mengesahkan suaminya sudah meninggal dunia.

Pihak berkuasa Istanbul membuka siasatan bagi mengenal pasti punca kematian.

Vltchek, wartawan AS kelahiran Soviet pernah membuat liputan di beberapa zon perang dan konflik termasuk di Iraq, Peru, Sri Lanka, Bosnia, Rwanda, Syria, Congo dan Timur Leste.- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!