Mohamaddin akan dirakam keterangan: Bukit Aman

Gambar kecil: Mior Faridalathrash Wahid
Gambar kecil: Mior Faridalathrash Wahid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil Ahli Parlimen Silam, Datuk Mohamaddin Ketapi untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat berhubung kenyataannya mendakwa insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sudah menerima 35 laporan polis di seluruh negara berhubung isu berkenaan.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 28 laporan telah dibuat di Sabah manakala tujuh lagi dibuat di Semenanjung.

"Kita akan panggil beliau (Mohamaddin) dan beberapa individu yang terlibat untuk merakamkan keterangan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Semalam, media melaporkan Mohamaddin memohon maaf kepada anggota keselamatan berhubung video tular mempersendakan pasukan keselamatan.

Mohamaddin dilaporkan berkata, kenyataan yang diucapkan dalam video klip terbabit menimbulkan salah faham.

ARTIKEL BERKAITAN:

Mohamaddin nafi hina anggota keselamatan


Pihak perlekeh pasukan keselamatan berupaya khianati negara

Kenyataan Mohamaddin singgung keluarga anggota ATM

Artikel Berkaitan:


Polis terima laporan terhadap kenyataan Mohamaddin: KPN