Pihak perlekeh pasukan keselamatan berupaya khianati negara

Kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter.
Kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan mana-mana pihak yang memperlekehkan pasukan keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara berupaya untuk mengkhianati negara.

Dalam kenyataan melalui Twitternya, beliau berkata, pihak berkenaan harus dipantau dan disiasat latar belakang mereka.

"Mereka ini perlu dipantau dan disiasat latar belakang mereka," katanya.

Terdahulu tular klip video yang memaparkan Ahli Parlimen Silam, Datuk Mohamaddin Ketapi memberi ucapan berbaur penghinaan terhadap anggota keselamatan yang sanggup menggadai nyawa demi pertahankan kedaulatan negara semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru - baru ini.

Artikel Berkaitan: