NASA rancang hantar angkasawan ke bulan tahun 2024

Angkasawan Amerika Syarikat, Buzz Aldrin ketika menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. - Foto AFP
Angkasawan Amerika Syarikat, Buzz Aldrin ketika menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) semalam mendedahkan rancangan terbaharunya untuk menghantar semula angkasawan ke bulan pada tahun 2024.

Agensi milik Amerika Syarikat (AS) itu menganggarkan kos sebanyak AS$28 bilion (RM115.79 bilion) diperlukan untuk membangunkan Pelancar Sistem Angkasa Lepas.

Ia berkata, sebanyak AS$16 bilion (RM66.17 bilion) lagi diperlukan untuk membangunkan, menguji dan melancarkan kapal angkasa kecil pendaratan di bulan.

Kongres AS yang akan menghadapi pilihan raya pada 3 November depan akan menandatangani peruntukan untuk projek itu yang telah diberikan keutamaan oleh Presiden Donald Trump.

Dalam satu taklimat menerusi telefon dengan wartawan semalam berhubung projek menghantar semula manusia ke bulan yang dikenali sebagai misi Artemis, pentadbir NASA, Jim Bridenstine berkata, risiko politik kerap menjadi ancaman terbesar kerja-kerja NASA terutamanya menjelang pilihan raya yang penting.

Sebelum ini, bekas presiden AS, Barack Obama membatalkan rancangan untuk menghantar manusia ke Marikh selepas pemegang jawatan itu yang terdahulu daripadanya membelanjakan berbilion-bilion dolar untuk projek meneroka planet tersebut.

Bridenstine menegaskan, misi ke bulan bergantung kepada permintaan peruntukan sebanyak AS$3.2 bilion (RM13.24 bilion) untuk pembangunan kapal angkasa pendaratan dalam bajet fiskal NASA tahun 2021.

"Kita tidak akan pergi ke Kutub Selatan (di bulan itu)," katanya yang merujuk kepada pendaratan kapal angkasa kecil Apollo ke bulan antara tahun 1969 dan

Artikel Berkaitan:

1972.

Terdapat tiga projek bagi membina kapal angkasa pendaratan yang akan membawa dua angkasawan ke bulan dengan seorang daripada mereka ialah wanita dalam pertandingan yang dianjurkan oleh NASA.

Projek pertama itu adalah melibatkan syarikat Blue Origin yang diasaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Jeff Bezos dengan kerjasama Lockheed Martin,

Northrop Grumman dan Draper.

Dua lagi projek bagi membina kapal angkasa itu dalam pertandingan tersebut ialah syarikat yang diterajui oleh bilionair Elon Musk, SpaceX dan syarikat Dynetic. - Agensi