Baru nak curi, tup-tup jiran nampak

Salah seorang suspek yang dịtahan kerana memecah masuk sebuah rumah di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri kelmarin.
Salah seorang suspek yang dịtahan kerana memecah masuk sebuah rumah di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri kelmarin.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Cubaan dua lelaki mencuri gagal apabila tindakan mereka memecah masuk sebuah rumah di Taman Bukit Indah di sini kelmarin disedari jiran.

Dua lelaki yang berusia 33 dan 41 tahun itu dilihat memasuki rumah berkenaan pada jam 12.20 tengah hari sebelum jiran wanita yang tinggal sebelah rumah terbabit menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, penghuni tiada di rumah tersebut kerana berada di Singapura sejak Perintah Kawalan Pergerakan.

"Jiran mangsa pada mulanya melihat sebuah kenderaan jenis Nissan Grand Livina warna emas diletakkan di lorong belakang rumah mangsa sebelum salah seorang masuk ke rumah itu.

"Menyedari rumah mangsa dipecah masuk, wanita berkenaan hubungi polis dan bertindak atas maklumat pada jam 12.30 tengah hari itu Task Force Polis Daerah Iskandar Puteri ke tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Antara peralatan yang dirampas daripada dua suspek pecah rumah di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri kelmarin.
Antara peralatan yang dirampas daripada dua suspek pecah rumah di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri kelmarin.

Menurutnya, pasukan polis kemudian membuat tangkapan terhadap kedua-dua suspek yang berada di dalam dan luar rumah.

"Pemeriksaan dilakukan dan kita menemui satu unit alat pemotong, 1 playar, satu batang besi berbentuk T, dua pasang sarung tangan kain, dua unit telefon bimbit, satu pemutar skru dan kenderaan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua dirampas termasuk kenderaan digunakan mereka yang didaftarkan atas nama seorang daripada adik suspek dan bukan kenderaan curi," katanya.

Katanya, suspek berusia 33 tahun mempunyai 4 rekod lampau dan tiga rekod jenayah membabitkan Seksyen 379 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

"Suspek turut mempunyai rekod di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan selain membabitkan kes dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Suspek berusia 41 tahun pula mempunyai empat rekod lampau dan tiga kes dadah di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dzulkhairi berkata, ujian saringan urin dilakukan terhadap kedua-duanya yang tidak bekerja itu mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamin.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.