35 laporan polis diterima berhubung ucapan bekas menteri

Hazani (kiri) ketika melakukan tinjauan di pusat mengundi awal di Mess Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kota Kinabalu hari ini.
Hazani (kiri) ketika melakukan tinjauan di pusat mengundi awal di Mess Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kota Kinabalu hari ini.
A
A
A

KOTA KINABALU – Sebanyak 35 laporan polis diterima berhubung isu ceramah seorang calon yang menyentuh mengenai insiden pencerobohan yang berlaku di Tanduo pada 2013 yang lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, daripada jumlah itu sebanyak 28 laporan telah dibuat di Sabah manakala tujuh lagi dibuat di Semenanjung.

“Saya difahamkan ceramah yang dibuat oleh penceramah ini telah berlangsung di Gelanggang Futsal Kampung Wawasan Lahad Datu pada Ahad lalu lebih kurang jam 3 petang. Ceramah yang dibuat seolah-olah menghina pasukan keselamatan semasa proses pelaksanaan Ops Daulat 2013.

“Justeru, kes ini telah dibuka kertas siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan; Seksyen 500 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan di pusat mengundi awal di Mess Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini hari ini.

Hazani berkata, siasatan kes akan diambil alih dan dijalankan sepenuhnya oleh Unit Jenayah Terkelas Bukit Aman.

“Siasatan ini akan dijalankan dan dilakukan secara profesional. Apabila selesai nanti kita akan kemukakan kepada pihak Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.

“Kita juga akan memanggil penceramah berkenaan bila-bila masa tapi seboleh-bolehnya saya nak selepas pilihan raya nanti supaya tidak mengganggu proses kempen dan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung,” katanya.

Kelmarin tular satu klip video berdurasi dua minit 30 saat yang memaparkan ucapan penceramah yang juga calon yang bertanding pada PRN kali ini dalam satu majlis dipercayai membabitkan Warisan.

Artikel Berkaitan: