Menteri nekad panjat pokok kelapa

Fernando memanjat pokok kelapa untuk buktikan Sri Lanka kini berdepan kekurangan buah tropika tersebut. - Foto: Agensi
Fernando memanjat pokok kelapa untuk buktikan Sri Lanka kini berdepan kekurangan buah tropika tersebut. - Foto: Agensi
A
A
A

COLOMBO - Seorang menteri di Sri Lanka nekad memanjat pokok kelapa untuk membuktikan negara itu kini berdepan kekurangan buah tropika tersebut.

Arundika Fernando bertindak sedemikian di sebuah ladang miliknya di bandar Dankotuwa ketika sidang media pada Jumaat lalu.

Media tempatan melaporkan Menteri Kelapa, Promosi Penanaman Getah dan Pembuatan Produk Perindustrian serta Kepelbagaian Eksport memanjat pokok kelapa tersebut menggunakan peralatan baharu diperkenalkan pelabur tempatan dari wilayah Warakapola.

"Kami berharap dapat memanfaatkan setiap bidang tanah sedia ada untuk penanaman kelapa dan meningkatkan industri yang akan menghasilkan pertukaran asing di negara ini," ujar Fernando dari atas pokok kelapa terbabit.

Menurutnya, harga kelapa kini telah meningkat berikutan permintaan yang semakin melonjak untuk produk berkaitan buah terbabit di seluruh dunia.

Beliau juga menyarankan upah yang diberikan kepada individu memetik kelapa berjumlah LKR 100 (RM2.20) untuk setiap sebatang pokok kelapa.

Meskipun Sri Lanka berdepan kekurangan jumlah pemetik buah kelapa, Fernando berjanji tidak akan mengimport buah tersebut walaupun harganya meningkat.

Artikel Berkaitan: