Salah guna aset kerajaan boleh dikenakan tatatertib

Zainal memeriksa kenderaan MPV Honda Civic 1.8S sebelum membuat penyerahan di Sekolah Latihan Asas Kepolisan Kuala Muda, Sungai Petani hari ini.
Zainal memeriksa kenderaan MPV Honda Civic 1.8S sebelum membuat penyerahan di Sekolah Latihan Asas Kepolisan Kuala Muda, Sungai Petani hari ini.
A
A
A

SUNGAI PETANI – Penyalahgunaan aset kerajaan termasuk kenderaan peronda polis (MPV) untuk kegunaan peribadi boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, sekiranya terdapat penyalahgunaan kenderaan MPV membabitkan anggotanya, beliau berharap agar mana-mana pihak tampil untuk membuat laporan.

Menurutnya, kenderaan MPV yang baharu, model Honda Civic 1.8S yang dipenuhi kelengkapan komunikasi dan kamera digital berteknologi terkini bertujuan melakukan tugas rondaan jenayah dan kerja-kerja kepolisan diharapkan tidak disalah guna.

“Setakat ini, saya sahkan tiada lagi kes membabitkan salah guna kenderaan MPV, sekiranya ada, tolong maklumkan kepada saya, saya akan ambil tindakan,” katanya ketika hadir ke Majlis Penyerahan MPV Honda Civic 1.8S di Sekolah Latihan Asas Kepolisan Kuala Muda, di sini hari ini.

Sebanyak 27 buah kenderaan MPV diserahkan kepada Kontinjen Kedah manakala 7 buah lagi diserahkan kepada Kontinjen Perlis.

Sebanyak 27 buah MPV diserahkan kepada Kontinjen Kedah manakala 7 buah MPV kepada Kontinjen Perlis pada Majlis Penyerahan MPV Honda Civic 1.8S di Sekolah Latihan Asas Kepolisan Kuala Muda, Sungai Petani hari ini.
Sebanyak 27 buah MPV diserahkan kepada Kontinjen Kedah manakala 7 buah MPV kepada Kontinjen Perlis pada Majlis Penyerahan MPV Honda Civic 1.8S di Sekolah Latihan Asas Kepolisan Kuala Muda, Sungai Petani hari ini.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 425 buah kenderaan MPV model Honda Civic 1.8S seluruh negara secara beperingkat bagi tujuan menggantikan kereta jenis Proton Waja yang telah melebihi tempoh lapan hingga 12 tahun penggunaan.

Menurutnya, kenderaan MPV terbaharu dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk peralatan komunikasi RMPNet, kamera papan pemuka (dashcam), perakam video digital mudah alih, MPV kit, alat pemadam api serta lain-lain kemudahan bagi memudahkan tugas anggota mengendalikan sesuatu kes.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dengan adanya kenderaan terbabit, pasukan itu diharap dapat meningkatkan kecekapan dalam tugasan sekali gus menambah keyakinan orang awam terhadap PDRM.