X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki mati tergantung pada kipas siling

Mangsa ditemui tergantung pada kipas siling biliknya.
A
A

PORT DICKSON - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki ditemui tergantung pada kipas siling di sebuah rumah di Bandar Springhill di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mayat lelaki berusia 24 tahun itu ditemui jam 4.15 petang oleh rakannya yang datang ke rumah.

"Rakan mangsa mengesyaki berlaku perkara tidak diingini apabila mangsa tidak menyahut apabila dipanggil.

"Dia kemudian meminta tolong jiran berdekatan dan bertindak memecahkan pintu rumah sebelum menemui mangsa di dalam bilik di tingkat atas dalam keadaan tergantung pada kipas siling dengan kain sari," katanya.

Menurutnya, pembantu perubatan daripada Klinik Kesihatan Lukut telah mengesahkan kematian mangsa di tempat kejadian.

Beliau berkata, pemeriksaan polis pada tubuh badan mangsa menunjukkan tiada sebarang kesan perlakuan jenayah namun siasatan lanjut masih dilakukan.

"Setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan dan pemeriksaan bedah siasat akan dilakukan oleh pegawai perubatan Hospital Port Dickson pada jam 10 pagi ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!