Kerajaan tak cadang bina balai bomba di Pulau Banggi

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin (tengah) ketika melawat ruang pameran selepas melancarkan buku Dasar Perumahan Negara (2018-2025) di Pusat Konvensyen Sime Darby hari ini. Foto: Bernama
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin (tengah) ketika melawat ruang pameran selepas melancarkan buku Dasar Perumahan Negara (2018-2025) di Pusat Konvensyen Sime Darby hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang membina balai bomba dan penyelamat di Pulau Banggi, Kudat, Sabah meskipun ada permintaan supaya kemudahan itu diwujudkan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

"Memang kita ada polisi bila kita nak bina balai bomba seperti mengambil kira peratusan perindustrian dalam sesuatu kawasan, kepadatan penduduk, kawasan berisiko dan sebagainya, tapi dalam kes ini (Banggi) tiada kelayakan untuk itu.

"Bagaimanapun kita sudah ada anggota bomba sukarelawan yang terlatih di pulau itu," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Dasar Perumahan Negara 2018-2025 di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Banggi Mohammad Mohamirin sebelum ini dilaporkan berkata sudah tiba masanya balai bomba dan penyelamat diwujudkan di pulau terbesar di Malaysia itu yang mempunyai lebih 22,000 penduduk.

Ini susulan kebakaran di pulau itu baru-baru ini yang melibatkan kira-kira 80 rumah yang mengakibatkan lebih 300 penduduk hilang tempat tinggal. - Bernama

Artikel Berkaitan: