Tiada unsur jenayah, khianat kejadian 'kubur berdarah'

Gambar kiri: Nor Azman
Gambar kiri: Nor Azman
A
A
A

ALOR SETAR - Tiada unsur jenayah ataupun khianat yang boleh dikaitkan dengan kejadian 'kubur berdarah' di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan Derga.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Noor bagaimanapun berkata, sampel tanah telah diambil untuk pengesahan jabatan kimia.

"Polis masih meneruskan siasatan berhubung perkara ini," katanya dalam kenyataan hari ni.

Pejabat Agama Daerah Kota Setar hari ini turut memaklumkan tidak dapat mengesahkan punca kejadian 'kubur berdarah' yang tular dan menyerahkan perkara terbabit kepada polis untuk siasatan.

Semalam, video berdurasi 19 saat memaparkan keadaan kubur dengan cecair warna merah menjadi tular di media sosial sehingga ramai yang datang ke lokasi itu untuk melihat kejadian berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video 'kubur berdarah'

Serah polis siasat kejadian 'kubur berdarah'

Artikel Berkaitan: