Air pasang besar: Situasi terkawal di lima daerah

Antara keadaan lokasi berhampiran dengan pantai yang terlibat dengan fenomena air pasang besar.
Antara keadaan lokasi berhampiran dengan pantai yang terlibat dengan fenomena air pasang besar.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Pengairan Saliran sudah membaik pulih dan mengukuhkan ban serta benteng yang pecah Kuala Langat, melibatkan Pantai Morib, Kampung Sawah dan Pantai Kelanang Jumaat lalu.

Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor menerusi kenyataan bagaimanapun memaklumkan pemantauan di lima daerah yang terlibat dalam fenomena air pasang besar dalam keadaan terkawal.

Menurut kenyataan itu, bacaan Jadual air pasang besar di Pelabuhan Klang berada pada ketinggian paras laut iaitu 5.6 meter pada jam 7.53 pagi tadi.

Antara keadaan lokasi berhampiran dengan pantai yang terlibat dengan fenomena air pasang besar.
Antara keadaan lokasi berhampiran dengan pantai yang terlibat dengan fenomena air pasang besar.

"Empat buah rumah di Kampung Sungai Janggut, Kuala Selangor dinaiki air akibat limpahan air laut.

"Pusat Pemindahan berdekatan di SK Tambak Jawa bersiap sedia bagi menempatkan mangsa yang terkesan banjir sahaja dan pada masa sama JPS telah meletakkan satu Unit Pam (5 cusec) berhampiran parit keluar di pejabat Lembaga Zakat Selangor, Kampung Sungai Janggut, Jeram untuk mengepam keluar air laut yang melimpah.

"Lain-lain kawasan hanya sedikit limpahan kecil dikesan melepasi ban serta benteng iaitu di kawasan Medan Muara Ikan Bakar Jeram, Pantai Remis, Sungai Sembilang, Apartment Warisan Sungai Sembilang, Sasaran Sungai Buloh, Jeti Sungai Janggut, Jalan Utama Klang - Telok Intan (Pasir Penambang).

"Ban serta benteng di pesisir pantai kukuh dan dalam keadaan baik," katanya.

Kenyataan itu memberitahu, di kawasan Klang pula antara yang terlibat ialah ban Sungai Keramat Kampung Batu 4, Ban Batu 7 (Kampung Sementa), Kampung. Tok Muda, Pengkalan Nelayan Batu 7 Kampung Sementa, Pengkalan Nelayan Kampung Delek, Jalan Banting Pandamaran, Pengkalan Sungai Udang Kampung Baru Telok Gong, Kampung Tradisi dan Kampung Pendamar.

Artikel Berkaitan:

"Terdapat tiga buah rumah di kawasan Kampung Pendamar telah terkesan dinaiki air akibat limpahan air laut, kawasan penempatan dinaiki air pasang mulai surut beransur ansur manakala ban serta benteng di pesisir pantai kukuh dan dalam keadaan baik," katanya.

Antara keadaan lokasi berhampiran dengan pantai yang terlibat dengan fenomena air pasang besar.
Antara keadaan lokasi berhampiran dengan pantai yang terlibat dengan fenomena air pasang besar.

Tambahnya, untuk kawasan Sabak Bernam pula terdapat beberapa kawasan yang didapati hanya sedikit limpahan kecil dikesan melepasi ban serta benteng.

"Kawasan berkenaan ialah Bagan Sekinchan, Pantai Batu 23, Sungai Haji Dorani, Bagan Sungai Besar, Bagan Nakhoda Omar, Sungai Burung, Parit Baru Baruh, Kampung Baru dan Sungai Nibong," kata kenyataan itu.

Kawasan lain yang terjejas ialah Sepang membabitkan kawasan Jeti Sepang Kecil, Jeti Wak Sempoh, Pintu Air Bagan Lalang dan Kampung Orang Asli Bagan Lalang.