X

Kindly register in order to view this article
!

JPN perluas penggunaan ePayment

Ruslin (dua dari kiri) sewaktu Majlis Pelancaran Kemudahan ePayment dan Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Ibu Pejabat JPN Terengganu di Wisma Persekutuan, di sini hari ini.
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini dalam proses untuk memperluaskan penggunaan ePayment di seluruh negara menjelang akhir tahun hadapan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, JPN menyasarkan penggunaan ePayment sepenuhnya di semua pejabat pendaftaran daerah dan cawangannya.

Menurutnya, buat masa ini, hampir semua ibu pejabat pendaftaran negeri dilengkapi kemudahan itu.

"Kita merancang memperluaskan di peringkat daerah dan cawangan kecil selepas melengkapkan penggunaan ePayment di peringkat ibu negeri.

"Kita ada 225 pejabat pendaftaran, jadi prosesnya akan mengambil masa. Selain itu, ia mengambil kira kekangan yang dihadapi oleh penduduk di kampung, kawasan pedalaman yang mungkin tiada kad ATM (mesin pengeluaran wang)," katanya.

Ruslin Jusoh
Ruslin Jusoh

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Kemudahan ePayment dan Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Ibu Pejabat JPN Terengganu di Wisma Persekutuan, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Kad Pengenalan JPN, Badrul Hisham Alias; Pengarah JPN Terengganu, Mohamad Nasir Kareem dan wakil Pengurus Maybank Kuala Terengganu, Ahmad Sabri Mohamad.

Mengulas lanjut Roslin berkata, penggunaan ePayment itu bertepatan dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan pembayaran tanpa tunai bagi menggelakkan isu ketirisan, rasuah dan kehilangan wang hasil di kaunter perkhidmatan kerajaan.

Katanya, JPN menggalakkan penggunaan ePayment, terutamanya dalam amalan hidup norma baharu memandangkan negara sedang mengalami pandemik covid-19.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!