X

Kindly register in order to view this article
!

Konkrit hempap kereta: DBKL kena semak peraturan tapak binaan

Laporan Sinar Harian semalam.
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan agensi berkaitan menyemak semula peraturan di tapak pembinaan bagi memperketatkan aspek keselamatan melibatkan orang ramai.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia susulan kejadian kepingan konkrit daripada kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE), terjatuh dan menghempap kereta yang sedang dipandu seorang wanita di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS) petang semalam.

Annuar berkata, semakan semula itu termasuk membabitkan kadar denda dan hukuman lebih berat bagi mengelak kejadian sama berulang.

"Saya mahu DBKL dan agensi berwajib memperketatkan lagi aspek keselamatan di tapak pembinaan dan perkara berkaitan keselamatan orang awam.

"Semak semula peraturan termasuk kadar denda dan hukuman lebih berat," katanya menerusi hantaran di Twitter rasminya hari ini.

Semalam, media melaporkan insiden kepingan konkrit bersaiz satu meter persegi daripada kerja-kerja pembinaan SUKE terjatuh menghempap kereta jenis Proton Saga BLM yang sedang dipandu seorang wanita di MRR2 dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cedera bongkah konkrit hempap kereta

SUKE henti kerja serta-merta

Bagaimanapun, mangsa berusia 25 tahun itu diselamatkan orang awam dan hanya cedera di tangan kirinya sebelum dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!