X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita cedera bongkah konkrit hempap kereta

Pemandu kereta berusia 25 tahun itu cedera di tangan kiri sebelum dihantar ke hospital oleh orang ramai.
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita cedera apabila satu bongkah konkrit pembinaan Lebuhraya Shah Alam - Ulu Kelang (SUKE) di sini jatuh menghempap kereta yang dinaikinya, petang tadi.

Bongkah konkrit berkenaan berukuran satu meter persegi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian berkenaan selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.45 petang.

“Siasatan awal mendapati bongkah konkrit itu menghempap kereta jenis Proton Saga FLX yang dipandu mangsa semasa melalui laluan terbabit.

“Mangsa berusia 25 tahun yang cedera di tangan kiri itu kemudian dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz di sini,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohamed Mokhsein berkata, mangsa masih menerima rawatan di zon kuning hospital berkenaan.

Bongkah konkrit pembinaan Lebuhraya SUKE menghempap kereta dipandu wanita terbabit di Cheras, Kuala Lumpur petang tadi.
Bongkah konkrit pembinaan Lebuhraya SUKE menghempap kereta dipandu wanita terbabit di Cheras, Kuala Lumpur petang tadi.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!