Darell kempen guna bahasa Kadazan

Darell (tengah) beramah mesra dengan penduduk Kampung Maang, Penampang pada Majlis Mesra Bersama dan Majlis Perasmian Bangunan Balai Raya dan Pondok Kampung Maang hari ini.
Darell (tengah) beramah mesra dengan penduduk Kampung Maang, Penampang pada Majlis Mesra Bersama dan Majlis Perasmian Bangunan Balai Raya dan Pondok Kampung Maang hari ini.
A
A
A

PENAMPANG - Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog, Datuk Darell Leiking daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) mengambil pendekatan menggunakan bahasa Kadazan untuk menyampaikan ceramah ketika berkempen kepada penduduk Kampung Maang di sini.

Beliau berkata, di Penampang biasanya tidak kira golongan tua atau muda, hampir semua memahami dan bertutur dalam bahasa Kadazan selain berbahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

"Saya campur (bertutur), itu adalah natural, di sini faham bahasa Kadazan... Kalau di kawasan ini memang ramai Kadazan dan mereka sangat menggunakan bahasa Kadazan.

"Jadi saya bercakap pun dengan mereka dalam bahasa Kadazan, ini sudah jadi kebiasaan dan cara kampung supaya kita lebih dekat dengan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas menghadiri Majlis Mesra Bersama dan Majlis Perasmian Bangunan Balai Raya dan Pondok Kampung Maang hari ini.

Darell yang juga Timbalan Presiden Warisan meluangkan masa kira-kira dua jam untuk berceramah dan bertemu dengan penduduk Kampung Maang.

Rata-rata penduduk yang hadir mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan beliau dengan bertutur dalam bahasa Kadazan termasuk meluahkan masalah yang dihadapi penduduk di kawasan itu.

Artikel Berkaitan: