X

Kindly register in order to view this article
!

TMJ dilantik ketuai aktiviti belia di Johor

Watikah pelantikan Tunku Ismail bagi mengetuai dan memimpin semua aktiviti belia di Johor dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengetuai dan memimpin semua aktiviti belia di negeri ini.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Dạtuk Dr Abdul Rahim Ramli berkata, Sultan Ibrahim berpendapat Tunku Ismail mempunyai ketabahan serta pengalaman luas dan mendalam berkenaan hal ehwal pentadbiran termasuk mengurus tadbir pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sehingga berjaya mengharumkan nama Johor di persada antarabangsa.

"Begitu juga berkebolehan dan mampu menjadi penjana kepada pembangunan belia, memimpin dan membawa mereka ke mercu kejayaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, Sultan Johor percaya dengan kepimpinan Tunku Ismail dan kerjasama kerajaan negeri terhadap penyediaan infrastruktur dan kemudahan lain serta sokongan padu belia Johor akan memperkasakan jati diri bagi mencapai sasaran lebih cemerlang pada masa depan.

"Sultan Johor sentiasa prihatin terhadap pembangunan belia di negeri ini kerana berpendapat golongan itu adalah kesinambungan bagi meneruskan pembangunan dan kemajuan negeri yang lebih holistik selaras dengan aspirasi dan kehendak bangsa Johor.

"Baginda menyeru belia Johor dan semua kaum serta agama untuk bersatu dan bekerjasama memajukan negeri ini dalam suasana perpaduan dan keharmonian," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!