IPD Subang Jaya terima Timbalan Ketua Polis baharu

Superintendan Amihizam Abdul Shukor dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman memulakan tugas Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, hari ini.
Superintendan Amihizam Abdul Shukor dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman memulakan tugas Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, hari ini.
A
A
A

SUBANG JAYA - Superintendan Amihizam Abdul Shukor dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman memulakan tugas Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, hari ini.

Amihizam mengambil alih tugas berkenaan daripada Superintendan Risikin Satiman di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya disaksikan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari.

Amihizam baru menamatkan pengajian Sarjana Pertahanan di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera.

Terdahulu, beliau berkhidmat lebih 20 tahun di Sarawak berpengalaman 12 tahun dalam Jabatan Siasatan Jenayah, sembilan tahun di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) serta dua tahun di JPJKK.

Beliau ketika ditemui berkata, berhasrat meningkatkan kesedaran komuniti dalam program pencegahan jenayah.

"Saya bercadang mahu tambah nilai peranan komuniti untuk bersama-sama cegah jenayah.

"Bilangan anggota polis yang tidak ramai menyebabkan pentingnya peranan komuniti dalam pencegahan jenayah," katanya.

Artikel Berkaitan: