X

Kindly register in order to view this article
!

Mangsa terakhir gas karbon monoksida diberi rawatan HBOT

Tiga sahabat maut akibat keracunan karbon monoksida selepas tertidur dalam kereta sewaktu berehat di parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Butterworth pada 16 September lepas.
A
A

KUALA LUMPUR - Wanita mangsa terakhir keracunan karbon monoksida selepas tertidur di dalam kereta bersama tiga yang lain di Butterworth, Pulau Pinang diberikan rawatan Hyperbaric Oxygen Therapy (HBOT) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, di sini.

Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata, mangsa berkenaan, Nor Aqilah Mohd Safwan, 21, masih dipantau dan diberi rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) berdasarkan keadaan beliau yang belum menunjukkan perkembangan positif.

"Mangsa telah dipindahkan dari Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang ke Hospital Tuanku Mizan pada tarikh kejadian.

"ATM mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk mendoakan situasi terbaik buat mangsa dan semoga keluarga beliau diberi semangat dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini," menurut kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa terakhir keracunan karbon monoksida masih kritikal

Sebelum ini, Bernama melaporkan tiga wanita termasuk kembar kepada Nor Aqilah maut akibat keracunan karbon dioksida selepas tertidur dalam kereta sewaktu berehat di parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Butterworth pada 16 September lepas.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri dan Nor Adilah yang juga kembar kepada Nor Aqilah.

Kesemua mereka yang berusia 21 tahun telah pergi ke Pulau Jerejak semasa cuti Hari Malaysia, dan difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun, Kedah apabila mengambil keputusan untuk berhenti rehat di kawasan parkir berkenaan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Dua daripada empat sahabat maut lemas dalam kereta

Lemas dalam kereta: Seorang lagi meninggal dunia


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!