PKR kesal PM guna isu bantuan untuk raih undi

 Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seharusnya tidak menggunakan isu bantuan untuk meraih undi, kata Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

Fahmi berkata, bukan sahaja Perdana Menteri namun untuk negeri-negeri yang ditadbir parti kerajaan Persekutuan atau mereka yang mengundi parti kerajaan Persekutuan.

Tambahnya, beliau terkejut membaca kenyataan Perdana Menteri bahawa lebih banyak bantuan akan disalurkan sekiranya pengundi Sabah memilih parti kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) nanti.

Menurutnya, ini kerana kenyataan tersebut mewujudkan persepsi pengundi Sabah hanya akan terima lebih banyak bantuan jika mereka memilih parti kerajaan Persekutuan.

"Dengan kata lain, kenyataan ini berniat mempengaruhi pengundi dengan tawaran, “Undi parti Kerajaan Persekutuan, bantuan lebih banyak. Undi yang lain, bantu cukup syarat sahaja.”

"Ini adalah amalan 'cash is king', yang dahulunya ditegur dan dilawan Perdana Menteri sendiri. Malangnya, kenyataan beliau ini mirip apa yang beliau sendiri tegur dan lawan dahulu. Apa sudah jadi?" soal beliau menerusi satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih banyak bantuan jika Sabah sehaluan: PM

Menurut Fahmi lagi, rakyat Sabah berhak memilih mana-mana parti yang mereka ingin dan kerajaan Persekutuan tiada hak untuk menafikan keputusan rakyat.

Artikel Berkaitan:

"Saya percaya rakyat Sabah cukup matang dalam menilai yang mana kaca, yang mana permata," katanya.