Dua penganggur edar ganja diberkas

Polis merampas wang tunai RM650 dengan tertangkapnya dua pengedar dadah di tempat letak kenderaan di Jalan Bukit 11/2, Petaling Jaya, Selasa lalu.
Polis merampas wang tunai RM650 dengan tertangkapnya dua pengedar dadah di tempat letak kenderaan di Jalan Bukit 11/2, Petaling Jaya, Selasa lalu.
A
A
A

PETALING JAYA - Kegiatan dua penganggur menyara hidup dengan mengedar dadah jenis ganja akhirnya terbongkar apabila diberkas polis di tempat letak kenderaan di Jalan Bukit 11/2 di sini Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner Abdul Latiff Mehat berkata, dua pengedar dadah terbabit ditahan sepasukan pegawai dan anggota JSJN Selangor kira-kira jam 1.15 tengah hari.

"Pemeriksaan dalam kereta jenis Proton Preve dinaiki suspek menemui 23 ketulan mampat daun kering yang dibalut plastik lut sinar disyaki ganja dianggar seberat 23 kilogram (kg) bernilai RM57,500.

"Polis turut merampas wang tunai RM650 daripada salah seorang suspek," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Abdul Latiff berkata, ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek berusia 43 dan 49 tahun itu didapati positif dadah.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati suspek dipercayai aktif dalam kegiatan pengedaran dadah sejak kira-kira tiga tahun di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dengan mendapatkan bekalan daripada seorang lelaki di kawasan Petaling Jaya.

"Siasatan masih dijalankan untuk memburu lelaki terbabit," katanya.

Katanya, kedua-dua suspek yang tidak bekerja itu kini direman tujuh hari sehingga Selasa depan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: