Turki mahu wujudkan zon selamat

Erdogan
Erdogan
A
A
A

ISTANBUL - TURKI. Kerajaan Turki berhasrat untuk mewujudkan zon selamat di utara Syria untuk membolehkan kira-kira empat juta pelarian Syria yang berlindung di negara itu kembali ke tanah air mereka.

Perkara itu diumumkan Presiden Recep Tayyip Erdogan ketika beliau berucap di Istanbul pada Isnin.

Menurutnya, hampir 300,000 pelarian Syria telah kembali ke negara mereka dan jutaan lagi diharap pulang ke kawasan selamat.

Disember lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan langkah memanggil pulang tentera AS dari Syria dan Erdogan memaklumkan beliau telah membincangkan langkah penubuhan zon selamat pada jarak 32 kilometer di sepanjang sempadan. - Reuters

Artikel Berkaitan: