X

Kindly register in order to view this article
!

Padah godam komputer, dua rakyat Malaysia didakwa di AS

Aktiviti penggodaman komputer yang berlaku di seluruh dunia menyebabkan banyak syarikat mengalami kerugian besar. - Foto AFP
A
A

WASHINGTON - Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan dakwaan ke atas lima warga China dan dua rakyat Malaysia yang melakukan operasi penggodaman global selama sekurang-kurangnya enam tahun.

Lima rakyat China itu masih bebas tetapi dua warga Malaysia telah ditangkap di Malaysia pada Isnin lalu dan AS kini berusaha untuk melakukan ekstradisi ke atas mereka.

Tiga daripada warga China itu dilaporkan bekerja dengan Chendu 404, sebuah syarikat yang berpangkalan di Sichuan yang menawarkan perkhidmatan perlindungan keselamatan untuk lain-lain perniagaan.

Mereka menggodam ratusan komputer milik syarikat dan pertubuhan di seluruh dunia untuk mendapatkan identiti, merampas sistem untuk mendapatkan wang tebusan dan menggunakan ribuan lagi komputer untuk 'melombong' wang kripto seperti bitcoin.

Dua lagi warga China yang juga bekas pekerja syarikat Chengdu 404 dan rakyat Malaysia itu didakwa kerana menggodam syarikat-syarikat permainan utama untuk mencuri rahsia mereka dan 'artifak permainan' serta menjualnya semula.

Tujuh suspek itu telah lama dikenali oleh pakar-pakar keselamatan siber sebagai APT41 dan menggodam pertubuhan berdasarkan kepada teknik dan peralatan yang digunakan mereka.

Ketujuh-tujuh mereka berdepan dengan dakwaan termasuk penipuan komputer, mencuri identiti, pengubahan wang haram dan melakukan kegiatan yang tidak sah. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!