X

Kindly register in order to view this article
!

KDN nafi lantik syarikat urus pekerja asing

KDN menegaskan ia tidak pernah mengeluarkan perakuan pelantikan mana-mana syarikat bagi menguruskan pekerja asing.
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menegaskan ia tidak pernah mengeluarkan perakuan pelantikan mana-mana syarikat bagi menguruskan pekerja asing.

KDN dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah mengesan penyebaran perakuan palsu mengenai pelantikan syarikat pengurusan pekerja asing di seluruh Malaysia menggunakan nama Ketua Setiausaha KDN, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz @ Yazid.

"Ingin ditegaskan bahawa maklumat ini adalah palsu," kata KDN.

Menurut kenyataan itu, KDN juga telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan selain menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang pembayaran kepada mana-mana pihak yang mendakwa menguruskan pendaftaran atau program melibatkan warga asing. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!