X

Kindly register in order to view this article
!

Kes Khairuddin: Polis tunggu arahan Jabatan Peguam Negara

Mohd Khairuddin
A
A

KUALA LUMPUR - Polis masih menunggu 'lampu hijau' dari Jabatan Peguam Negara sebelum tindakan lanjut diambil berhubung siasatan kes membabitkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang melanggar arahan kuarantin wajib Covid-19.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, proses pendakwaan hanya akan dibuat selepas mendapat kebenaran pihak Jabatan Peguam Negara.

"Kertas siasatan berkenaan kes ini sudah pun diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

"Kita masih tunggu arahan susulan daripada pihak terbabit," katanya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Khairuddin hadir ke Bukit Aman malam ini

Kes Mohd Khairuddin sepatutnya tidak lagi jadi isu: Pas

Isu Mohd Khairuddin hangatkan Dewan Rakyat

Pada 9 September lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memberitahu kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara selain telah merakam keterangan lebih 10 saksi bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.

Sebelum ini, media melaporkan polis telah merakam keterangan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu bagi membantu siasatan berhubung kegagalannya mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.

Kementerian Kesihatan dilaporkan menyerahkan kertas siasatan dalaman pihaknya berhubung isu pelanggaran kuarantin oleh Mohd Khairuddin kepada polis untuk tindakan lanjut.

Mohd Khairuddin turut dikompaun oleh kementerian berkenaan sebanyak RM1,000 atas kesalahan itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!