KPDNHEP bongkar gudang proses minyak pelincir tiruan

KPDNHEP Putrajaya menyerbu sebuah gudang pembuatan minyak pelincir tiruan di Subang Jaya, Selangor, semalam.
KPDNHEP Putrajaya menyerbu sebuah gudang pembuatan minyak pelincir tiruan di Subang Jaya, Selangor, semalam.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu sebuah gudang di Taman Industri di Subang Jaya, Selangor, semalam dan merampas minyak pelincir tiruan dianggar bernilai RM111,300.

Pengarah Bahagian Penguat kuasa KPDNHEP Putrajaya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, serbuan kira-kira jam 9.30 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota KPDNHEP Putrajaya mendapati gudang terbabit dijadikan sebagai tempat pembuatan minyak pelincir tiruan.

Katanya, serbuan menemui pelbagai jenis minyak pelincir disyaki tiruan yang menggunakan jenama Transformer Oil, Compressor Oil, Truck & Heavy Duty Engine Oil, Greese, dan Slideways Oils untuk kegunaan kenderaan berat berjumlah kira-kira 10,040 liter.

"Dianggarkan nilai rampasan berjumlah RM113,300.

"Kita turut merampas set komputer yang disambungkan dengan printer disyaki digunakan untuk menghasilkan tanda cap dagangan berdaftar berkenaan selain dokumen berkaitan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, dua lelaki tempatan berusia 34 dan 53 tahun ditahan untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati minyak pelincir dipercayai tiruan ini akan dipasarkan ke pasaran tempatan sekitar Lembah Klang dengan harga RM185 hingga RM240.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 101(b) Akta Cap Dagangan 2019 dan Seksyen 5(a) Akta Perihal Dagangan 2011," katanya.

Artikel Berkaitan:

Justeru, orang ramai mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyimpanan dan penjualan barang tiruan ini disarankan supaya melaporkan kegiatan ini melalui hotline 1-800-886-800 atau 03- 8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC) atau hadir sendiri di pejabat KPDNHEP berhampiran.

end