Arab Saudi tarik balik larangan perjalanan mulai Januari 2021

Arab Saudi akan menarik balik larangan perjalanan mulai tahun depan. - Foto 123RF
Arab Saudi akan menarik balik larangan perjalanan mulai tahun depan. - Foto 123RF
A
A
A

RIYADH - Arab Saudi akan menarik balik larangan perjalanan mulai tahun depan, lapor Agensi Anadolu, memetik Agensi Berita Arab Saudi (SPA) pada Ahad.

Kementerian Dalam Negeri mengumumkan mulai 1 Januari 2021, semua larangan keluar dan masuk untuk rakyat negara itu akan ditarik balik, ia juga tertakluk kepada semua pengangkutan darat, laut dan udara.

Bagaimanapun, penjawat awam, ahli perniagaan, mereka yang memerlukan rawatan perubatan di luar negara dan pelajar dikecualikan daripada sekatan bermula 15 September.

Negara-negara anggota Majlis Kerjasama Teluk juga dibenarkan keluar dan masuk mulai 15 September manakala keputusan untuk membenarkan kembali ibadah Umrah akan dinilai secara berasingan bergantung kepada situasi koronavirus (Covid-19).

Sejak pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember, Covid-19 sehingga kini sudah meragut lebih 922,000 nyawa di 188 negara dan wilayah.

Amerika Syarikat, India dan Brazil kekal negara paling teruk diancam.

Lebih 28.89 juta kes dilaporkan di seluruh dunia dengan lebih 19.5 juta orang pulih, menurut data Johns Hopkins University. - Bernama

Artikel Berkaitan: