500 migran 'mengganas' akan dihantar pulang

Kumpulan migran tersebut yang berjaya memanjat tembok sempadan pertama
Kumpulan migran tersebut yang berjaya memanjat tembok sempadan pertama
A
A
A

MEXICO CITY - MEXICO. Mexico akan menghantar pulang 500 migran yang cuba merempuh masuk sempadan Amerika Syarikat (AS), semalam.

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan kumpulan itu dikepung selepas mereka bertindak luar kawalan untuk memasuki sempadan AS.

"Mereka yang dikenal pasti dalam kejadian ganas itu akan dihantar pulang serta merta. Mereka telah melanggar rangka kerja undang-undang penghijrahan dan tindakan tersebut boleh membawa kepada insiden yang lebih serius," katanya dalam satu kenyataan.

Rakaman video menunjukkan ratusan orang termasuk wanita dan kanak-kanak berlari ke pagar berhampiran bandar Tijuana yang memisahkan kedua-dua negara itu.

Keadaan yang huru hara itu menyebabkan pegawai sempadan AS terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk mengusir mereka.

Ketegangan semakin meningkat di Tijuana sejak ketibaan ribuan migran pada awal bulan lalu yang mana kebanyakan mereka sanggup melalui perjalanan sejauh 4,000 kilometer dari Amerika Tengah. - BBC

Artikel Berkaitan: