Ginger pegang motto terus berusaha

Ginger Phoong menyerahkan risalah kempen kepada pengunjung Pasar Lido Kota Kinabalu pagi ini.
Ginger Phoong menyerahkan risalah kempen kepada pengunjung Pasar Lido Kota Kinabalu pagi ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah, Ginger Phoong Jin Zhe akan terus berpegang kepada motto ‘Terus Berusaha’ sepanjang berbakti sebagai seorang wakil rakyat.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Luyang itu akan bertanding di atas tiket DAP, namun menggunakan logo Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

“Hari ini seawal jam 7 pagi, saya bersama pasukan kempen mengadakan lawatan ke Pasar Lido seterusnya mengedarkan risalah kempen saya kepada pengundi.

“Terus berusaha adalah perkara yang saya pegang kerana rakyat yang saya temui mahu saya berusaha dan terus bertanggungjawab menjaga Luyang yang disayangi,” katanya di Facebook miliknya hari ini.

Ginger berkata, beliau akan memastikan semua kawasan di Luyang mendapat perkhidmatan terbaik.

“Marilah kita bersama-sama menyokong kepimpinan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah. Kita perlu mandat lebih besar, supaya kita dapat tubuhkan kerajaan yang lebih kukuh, pastikan Sabah akan lebih kuat.

“Saya sempat menjelaskan kepada semua bahawa kali ini DAP menggunakan logo Warisan. Undi Warisan sama dengan Undi DAP! Saya berasa lega kerana ramai sudah tahu dan yakin mereka tentu sokong Warisan,” katanya.

Artikel Berkaitan: