Skarf merah gesa ves kuning hentikan keganasan

Kumpulan penunjuk perasaan itu berarak secara aman di tengah Paris, semalam.
Kumpulan penunjuk perasaan itu berarak secara aman di tengah Paris, semalam.
A
A
A

PARIS - PERANCIS. Ribuan penunjuk perasaan memakai skarf merah berarak di tengah Paris, semalam di bawah protes untuk menentang kumpulan ves kuning yang telah melancarkan siri protes di negara itu sejak lebih dua bulan lalu.

Kumpulan skarf merah terbabit membanjiri jalan utama di Paris dan mengadakan demonstrasi secara aman menuntut penunjuk perasaan ves kuning menghentikan kekacauan dan protes ganas sejak November lalu.

"Sudah cukup dengan kebencian dan keganasan seperti ini. Ini bukan cara untuk kita mengukuhkan negara kita. Ia sememangnya perlu dihentikan," kata salah seorang penunjuk perasaan terbabit.

Protes ves kuning yang melanda Paris dan bandar lain itu telah berlarutan selama 11 minggu berturut-turut dan menjadi salah satu keganasan terburuk dalam tempoh beberapa dekad di negara terbabit. - Press TV

Artikel Berkaitan: