X

Kindly register in order to view this article
!

Pemuda Pas lulus dua usul

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) tiba jam 3.45 petang tadi bagi mengikuti Muktamar Pemuda Pas di PUTIK di sini hari ini.
A
A

KOTA BHARU - Muktamar Pemuda Pas hari ini meluluskan dua usul iaitu daripada Dewan Pemuda Pas Malaysia sendiri dan usul daripada Dewan Pemuda Pas Tasek Gelugor.

Pemuda Pas Malaysia membawa usul pembahagian jumlah kerusi secara adil dan saksama iaitu 50 kerusi majoriti Melayu di negeri Perak mengikut jumlah bilangan ahli semasa parti masing-masing.

Usul ini juga mengesyorkan untuk memastikan Pas mendapat minimum 50 kerusi berpotensi dan meletakkan 20 peratus daripada jumlah kerusi itu adalah daripada calon anak muda.

Usul ini adalah berdasarkan situasi dalam politik negara sama ada kerajaan Pusat mahupun beberapa kerajaan negeri menggambarkan bahawa tiada parti yang boleh memerintah bersendirian.

Situasi ini telah berlaku kepada Pakatan Harapan yang mana apabila Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan, maka kerajaan Pusat telah tumbang.

Ia juga berlaku kepada beberapa buah negeri yang akhirnya bertukar kepada Kerajaan Parti Komponen Perikatan Nasional.

Usul tersebut dibawa dalam undian Muktamar Pemuda hari ini dan 80 peratus daripada perwakilan bersetuju untuk tidak mengubah cadangan tersebut.

Kedua-dua usul dibaca oleh Ketua Penerangan Pemuda Pas merangkap Ketua Jawatankuasa Usul, Nazir Helmi.

Usul kedua pula dibawa oleh Dewan Pemuda Pas Tasek Gelugor yang mana supaya Polisi, Garis Panduan dan Tatacara Kewangan Pengurusan Dana Politik selari dengan dasar Islam, undang-undang negara dan tidak merugikan perjuangan Pas.

Tujuan isu ini dibawa adalah untuk memastikan pengurusan dana kewangan dan pengurusan risiko parti berkaitan kewangan diurus dengan baik yang mematuhi hukum Islam, undang-undang negara, Perlembagaan Pas dan etika kewangan.

Pendapatan Pas di setiap peringkat kebanyakannya melalui sumbangan yang merangkumi sumbangan individu mahupun organisasi.

Sumbangan kepada Pas ketika menjadi kerajaan dengan selepas membentuk kerajaan berbeza berikutan keterlibatan Pas sebagai pihak berkepentingan di dalam kerajaan terutama di dalam proses perolehan kerajaan.

Asas-asas pertimbangan usul ini ialah untuk memastikan sumber pendapatan Pas adalah halal dari sudut syarak dan tidak berlawanan dengan undang-undang negara serta tidak merugikan perjuangan Pas.

Sumber pendapatan yang tidak halal juga merugikan perjuangan Pas dengan merosakkan imej parti dan menjejaskan kepercayaan dan sokongan rakyat kepada parti.

Kedua-dua usul ini dipersetujui di peringkat Pemuda dan akan dibawa ke peringkat Pusat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!