Covid-19 catat 182 kes baharu

Dr Noor Hisham
 - Foto Bernama
Dr Noor Hisham
 - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Dalam tempoh seminggu, sekali lagi kes harian positif koronavirus (Covid-19) merekodkan tiga digit dengan 182 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 181 merupakan penularan dalam negara.

"Penularan dalam negara melibatkan 90 rakyat tempatan dan 91 warga asing. Kes penularan tempatan dikesan daripada Kluster Benteng LD dengan 167 kes positif. 91 daripadanya merupakan warga asing," katanya.

Beliau berkata, di Kedah pula, sejumlah 14 kes baharu dikesan.

"Ia melibatkan 11 kes daripada Kluster Sungai dan tiga kes Kluster Telaga," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 9,810 kes.

Kadar kebolehjangkitan juga terus melebihi 500 kes dengan 501 sedang dirawat di hospital.

Sementara itu, sembilan kes dirawat di unit rawatan rapi termasuk lima yang memerlukan bantuan pernafasan.

Artikel Berkaitan:

"Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini dan jumlah kumulatif kekal pada 128 kes," katanya.

Beliau berkata, seramai 14 pesakit Covid-19 telah pulih dan dibenar discaj hari ini.

"Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah sebanyak 9,181 kes iaitu bersamaan 93.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.