Lim Guan Eng didakwa lagi

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju. - Foto Bernama
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju. - Foto Bernama
A
A
A

BUTTERWORTH - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melupuskan tanah Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada syarikat pemaju di Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini hari ini.

Guan Eng, 60, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid, pagi tadi.

Mengikut pertuduhan pertama Guan Eng dituduh melupuskan harta milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu di Lot Tanah No. H.S.(D) 18801, No. PT Lot 702 Seksyen 1, Bandar Tanjong Pinang, Daerah Timur Laut, Negeri Pulau Pinang yang bernilai RM135,086,094 kepada syarikat Ewein Zenith Sdn Bhd.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar di Georgetown dekat sini pada 17 Februari 2015.

ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng berdepan dua lagi pertuduhan rasuah

'Saya akan buktikan saya tidak bersalah'

Mengikut pertuduhan kedua, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP didakwa melupuskan harta milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang, iaitu di Lot Tanah No. H.S.(D) 19318, No. PT Lot 10012 Seksyen 1, Bandar Tanjong Pinang, Daerah Timur Laut, Negeri Pulau Pinang bernilai RM73,668,986 kepada syarikat Zenith Urban Development Sdn Bhd di lokasi sama pada 22 Mac 2017.

Artikel Berkaitan:

Lim Guan Eng diiringi peguamnya Gobind Singh Deo (kiri) dan RSN Rayer tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini. - Foto Bernama
Lim Guan Eng diiringi peguamnya Gobind Singh Deo (kiri) dan RSN Rayer tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini. - Foto Bernama

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan [Akta 574].

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara di antara enam bulan sehingga lima tahun, dengan sebatan dan denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharudin Wan Ladin, R Francine Cheryl dan S Selvaranjini, manakala Guan Eng diwakili barisan peguam yang diketuai Gobind Singh Deo.

Mahkamah membenarkan Guan Eng diikat jamin sebanyak RM1 juta bagi kedua-dua pertuduhan beserta dua penjamin.

Pada 7 Ogos, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Pada 10 Ogos lalu, Guan Eng sekali lagi didakwa di sini juga atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya wang berjumlah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik untuk melaksanakan projek itu yang bernilai RM6.3 billion.

Guan Eng bertemu dengan penyokongnya di luar mahkamah sebelum prosiding bermula.
Guan Eng bertemu dengan penyokongnya di luar mahkamah sebelum prosiding bermula.

Zarul merupakan Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.

Sementara pada 11 Ogos, Guan Eng sekali lagi didakwa di mahkamah sama atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Tawaran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk rasuah wang berjumlah RM372,009 bagi isterinya Betty Chew Gek Cheng melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.

Guan Eng mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dihadapinya sebelum ini.