Kebakaran besar di tapak letupan Beirut

Asap hitam tebal kelihatan menjulang tinggi ke udara selepas satu kebakaran besar berlaku di tapak letupan pelabuhan Beirut hari ini. - Foto Agensi
Asap hitam tebal kelihatan menjulang tinggi ke udara selepas satu kebakaran besar berlaku di tapak letupan pelabuhan Beirut hari ini. - Foto Agensi
A
A
A

BEIRUT - Satu kebakaran besar dilaporkan berlaku di tapak letupan pelabuhan di pelabuhan Beirut hari ini.

Insiden itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk Beirut yang masih trauma dengan letupan besar pada 4 Ogos lalu.

Ketua Unit Mencari dan Menyelamat, Michel el-Murr berkata, lokasi yang terbakar itu dipercayai kawasan bebas cukai.

Beliau yang berada di lokasi membantu memadamkan kebakaran berkata, pihaknya memerlukan pasukan bantuan untuk memastikan api dapat dikawal dengan lebih pantas.

“Kami tidak tahu apa yang sedang terbakar. Kami sedang mencuba untuk memadamkannya namun ia terlalu besar," katanya.

Tambahnya, kebakaran itu tercetus di sebuah gudang yang menyimpan minyak mesin dan tayar. - Agensi

Artikel Berkaitan: