Agong berkenan kurniakan Rumah Wilayah Prihatin kepada 54 penerima

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kanan) berkenan mengurniakan Rumah Wilayah Prihatin Kepada 54 Penerima Terpilih di Kompleks Komuniti Muhibbah, Bukit OUG hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli mengurniakan Rumah Wilayah Prihatin kepada 54 penerima terpilih.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua ke Majlis Pengurniaan Rumah Wilayah Prihatin, kira-kira jam 11 pagi di Kompleks Komuniti Muhibbah di sini hari ini disambut Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Selepas majlis pengurniaan rumah berkenaan kepada penerima, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama mereka, satu cerminan keperibadian tinggi dan keprihatinan Seri Paduka berdua terhadap golongan tidak berkemampuan yang memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup.

Program Rumah Wilayah Prihatin dilaksanakan Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), TNB dan Yayasan Wilayah Persekutuan, memberi peluang keluarga miskin tegar yang menjadi penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau Perumahan Awam DBKL (PA DBKL) sedia ada, untuk memiliki rumah sendiri. - Bernama

Artikel Berkaitan: