Jemaah Menteri bincang isu Veveonah

Veveonah Mosibin (Kenyataan Khairy Jamaluddin di Twitter hari ini.)
Veveonah Mosibin (Kenyataan Khairy Jamaluddin di Twitter hari ini.)
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan isu membabitkan pelajar kelahiran Sabah, Veveonah Mosibin dibincangkan Jemaah Menteri hari ini.

Menurutnya, Kabinet juga mengetahui kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Abdul Rahim Bakri tidak betul dan tidak wajar.

Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, Kabinet bersetuju bahawa isu adalah capaian internet dan kemudahan asas lain terutama di pedalaman.

“Jemaah Menteri pagi tadi bincang isu #Veveonah. Kabinet ambil maklum kenyataan oleh dua Timbalan Menteri adalah tidak betul dan tidak wajar.

“Kabinet setuju isu sebenar adalah capaian internet dan kemudahan asas lain khusus di pedalaman,” katanya di Twitternya hari ini.

Katanya, kerajaan akan berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki kekurangan berkenaan.

Sebelum ini, Veveonah menjadi perhatian apabila Zahidi mendakwa dalam sesi Dewan Rakyat bahawa rakaman video pelajar itu memanjat pokok untuk mendapatkan signal internet bagi menjalani peperiksaan dalam talian hanyalah gimik semata-mata.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Padang Besar itu mengaku beliau tersilap, tetapi menegaskan maklumat itu diperoleh daripada Abdul Rahim yang juga wakil rakyat di kawasan Kudat.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:Belajar atas pokok untuk naikkan 'viewer' Youtube sendiri

Zahidi mohon maaf dakwa Veveonah tak ambil peperiksaan

Zahidi, Abdul Rahim didakwa buli siber terhadap Veveonah

Zahidi akan bertemu Veveonah