X

Kindly register in order to view this article
!

Zahidi akan bertemu Veveonah

Zahidi Zainul (kiri) dan Veveonah
A
A

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidini menjelaskan beliau menerima maklumat berkaitan Veveonah Mosibin yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet daripada Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abd Rahim Bakri.

Menurutnya, maklumat itu diterima selepas merujuk wakil rakyat di Kudat yang juga Timbalan Menteri Kewangan 1 dan memaklumkan bahawa Veveonah merupakan seorang Youtuber selain pada hari tersebut tidak ada peperiksaan.

Beliau turut memberitahu, wakil rakyat terbabit mendapat tahu perkara itu daripada pensyarah di institusi pengajian tinggi pelajar itu.

“Jadi dalam isu ‘Tidak Pasti Jangan kongsi’ ini maka maklumat mana yang kita nak rujuk,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Negara hari ini.

Mengulas lanjut, Zahidi berkata, sudah menjadi amalan di Parlimen bahawa setiap maklumat akan dirujuk kepada wakil rakyat, maka perkara yang diperoleh itu akan dijawab oleh Menteri dan Timbalan Menteri.

Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, dalam isu tersebut, beliau tidak melihat perlunya Abd Rahim yang kini bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menipu atau memberikan maklumat tidak benar.

“Maka kita percaya pada maklumat tersebut. Bagaimanapun saya akan ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan bertemu dengan pensyarah, kakitangan dan juga Veveonah untuk mendapatkan maklumat sebenar.

“Jadi dalam isu ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’ ini kita kena semak dua tiga kali lagi. Kalau didapati maklumat itu ada salah faham, maka kita minta maaf dan pensyarah tersebut juga tidak sepatutnya memberikan maklumat salah,” katanya.

Khamis lalu, Zahidi memohon maaf dan mendakwa mendapat maklumat tidak tepat ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara mengenai pelajar Veveonah Mosibin yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet.

ARTIKEL BERKAITAN Saifuddin akui timbalannya lakukan kesilapan isu Veveonah

Zahidi mohon maaf dakwa Veveonah tak ambil peperiksaan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!