MITS terima sumbangan JPJ Selangor

Hafiz (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada Abd Halim dalam lawatan JPJ Selangor ke MITS Kampung Bandar, Banting hari ini.
Hafiz (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada Abd Halim dalam lawatan JPJ Selangor ke MITS Kampung Bandar, Banting hari ini.
A
A
A

BANTING - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor membantu meringankan beban Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), Kampung Bandar, di sini apabila menyumbang wang tunai sebanyak RM3,050 dan barangan harian.

Sumbangan diserahkan oleh Ketua Bahagian Penguat kuasanya, Hafiz Usman kepada Pengetua, Abd Halim Saljadi pada lawatan agensi penguat kuasa itu di MITS Kampung Bandar, pada jam 11 pagi.

Hafiz berkata, ini sebagai sokongan moral kami yang mengamalkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) selain tindakan penguatkuasaan. Ini satu peranan kita antara agensi dan jabatan.

"Sebelum ini ada juga kemalangan di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur dan Alhamdulillah kami juga terpanggil untuk menyumbang selepas mendengar cerita daripada pihak sekolah itu sendiri. Ini sebagai solidariti kita.

"Kami juga sentiasa menyokong apa yang pihak sekolah anjurkan. Ramai ibu bapa dalam kalangan warga kerja JPJ yang menghantar anak mereka ke sekolah maahad.

"Kita turut berduka dengan kejadian yang menimpa sekolah asrama ini," katanya selepas menyampaikan sumbangan bagi mewakili JPJ Selangor di sini hari ini.

Hafiz (dua dari kiri) mewakili JPJ Selangor melawat ke lokasi kebakaran asrama MITS Kampung Bandar, Banting dengan diiringi Abd Halim hari ini.
Hafiz (dua dari kiri) mewakili JPJ Selangor melawat ke lokasi kebakaran asrama MITS Kampung Bandar, Banting dengan diiringi Abd Halim hari ini.

4 Ogos lalu, tingkat tiga bangunan asrama MITS terbakar dalam kejadian pada jam 5.51 pagi yang dipercayai berpunca akibat masalah litar pintas.

Artikel Berkaitan:

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintenden Kamalariffin Aman Shah berkata, siasatan awal telah dijalankan berhubung kejadian berkenaan dan mendapati berlaku litar pintas di dewan asrama terbabit yang menempatkan 36 pelajar perempuan.

Tiada sebarang laporan kematian atau kecederaan yang dialami oleh pelajar serta guru dan kerugian yang dialami masih dalam siasatan.

Untuk rekod, MITS Kampung Bandar dibina pada tahun 2000 dan beroperasi sepenuhnya pada 2008 dengan seramai 55 guru serta 261 pelajar.