Mohamad Kamil nafi sertai Amanah untuk perkuat pengaruh Anwar

Tangkap layar Facebook Mohamad Kamil. Gambar kiri: Mohamad Kamil Abdul Majid
Tangkap layar Facebook Mohamad Kamil. Gambar kiri: Mohamad Kamil Abdul Majid
A
A
A

SHAH ALAM - Profesor Dr Mohamad Kamil Abdul Majid menafikan dakwaan pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff bahawa penyertaannya dalam Parti Amanah Nasional (Amanah) hanya untuk memperkuatkan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pakar bidang usuluddin dan pemikiran Islam itu menegaskan, beliau menyertai Amanah kerana mempercayai Perlembagaan parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu.

“Terima kasih Profesor Dr Kamarul Mohd Yusof mengulas penyertaan saya dalam Amanah seperti tersiar dalam Harakahdaily.

“Tapi tulisannya bias bila menuduh saya cuba nak bawa Anwarinas atas alasan saya bekas orang ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia).

“Saya sertai Amanah kerana percaya kepada Perlembagaan parti Amanah bawah tajuk Dasar dan Tujuan,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Amanah bantu Warisan, PH menang

Terdahulu, Kamarul berpandangan dengan sokongan kuat Mohamad Kamil kepada Anwar dan bukan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak pelik jika ada yang berteori bahawa kemasukan Mohamad Kamil mungkin adalah untuk memperkuatkan pengaruh Anwar dalam Amanah.

Mohamad Kamil yang juga adik kepada Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi menyerahkan borang keahlian menyertai Amanah pada 5 September lalu.

Artikel Berkaitan: