Beli emas, boleh menang kereta!

Mohd Khurulanuar ramah melayan pelanggan.
Mohd Khurulanuar ramah melayan pelanggan.
A
A
A

KLANG – Pelanggan bertuah, Emas Anuar Sdn Bhd berpeluang memenangi cabutan bertuah tiga kereta Perodua Axia menerusi pembelian RM999 ke atas.

Pengarah Urusannya, Mohd Khurulanuar Mhamad Noor berkata, tawaran itu bagi menghargai pelanggan setia yang selama ini sering menyokong perniagaan mereka.

“Tempoh pembelian ini bermula pada 1 Disember lalu hingga 9 Mac ini dan kemudian kita akan membuat cabutan bertuah ini.

“Ini salah satu usaha untuk menghargai pelanggan setia kami kerana mereka ibarat keluarga sendiri. Kita juga turut melancarkan kad keahlian Emas Anuar dan banyak keistimewaan yang ditawarkan melalui kad keahlian ini,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Kenduri Rakyat 2019 dan Perasmian Emas Anuar Klang Cawangan Kesembilan, di Bandar Botanik, di sini, hari ini.

Menurut beliau, pembukaan cawangan ke-9 itu bagi memenuhi permintaan pelanggan setia di sekitar Klang dan kawasan berhampiran.

“Kita mendapat banyak permintaan daripada pelanggan untuk membuka cawangan di Klang. Jadi untuk tidak menghampakan mereka, kita pilih untuk membuka cawangan di Bandar Botanik ini.

“Selain lokasinya strategik, kawasan ini juga sering menjadi tumpuan orang ramai dari dalam dan luar Selangor dan kita yakin ini dapat membantu meningkatkan perniagaan Emas Anuar,” katanya.

Katanya, lebih 5,000 pelanggan serta tetamu hadir pada Kenduri Rakyat 2019 yang diadakan sempena pembukaan cawangan baharu itu.

Artikel Berkaitan:

“Kita turut menjemput pelajar-pelajar daripada Ma’ahad Tahfiz Ibnu Sina As Syakirin, Kulim, Kedah, Madrasah Nurul Ilmi, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim, Kompleks Tahfiz Al-Quran dan Sukan Sofiuddin (KOMTAS), Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Munirah dan banyak lagi.

“Kita turut mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin bagi memohon keberkatan daripada ALLAH SWT agar kita dapat berkongsi rezeki dengan pelanggan.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan di seluruh yang selama ini menyokong perniagaan Emas Anuar,” katanya.

Sementara itu, pelanggan tetap, Nurul Ismail, 34, dari Shah Alam berkata, dia memilih Emas Anuar kerana pelbagai reka bentuk dan pilihan selain harga ditawarkan berpatutan.

“Sebelum ini saya sering ke cawangan Shah Alam, tapi bila dengar Emas Anuar buka cawangan di Klang, saya tak mahu lepaskan peluang.

“Memang rambang mata sebab banyak ‘design’ baharu yang ditawarkan. Sempat jugalah saya beli satu gelang tangan hari ini,” katanya.