MU ada lima perlawanan lagi

Melaka United Soccer Association - MUSA
Melaka United Soccer Association - MUSA
A
A
A

BARISAN pemain Melaka diingatkan supaya tidak terlalu selesa dengan prestasi cemerlang yang dipamerkan dalam saingan Liga Super setakat ini, sebaliknya perlu terus memantapkan persembahan mereka dalam baki lima perlawanan selepas ini.

Menurut Kapten Melaka United, Razman Roslan,: “Mungkin ada orang akan cakap kalau tiga mata tidak dipotong tempoh hari, Melaka kini sudah menduduki tempat kedua namun tidak tentu juga kerana saya melihat ada perkara positif kepada pemain.

“Apa saya nampak, pemain semakin meningkatkan fokus dan tidak bersikap sambil lewa sejak pemotongan mata dan mereka letakkan satu keazaman tinggi, mahu keluar daripada kedudukan dua terbawah.

“Ini menjadi salah satu punca di sebalik kenapa kami mampu bermain baik dalam dua perlawanan sebelum ini dan saya rasa gembira kerana Melaka kini sudah mampu berada di pertengahan kedudukan liga,” kata bekas pemain pertahanan kebangsaan itu.

Skuad Hang Tuah mencatat keputusan positif sebaik sahaja Liga Malaysia bersambung pada hujung bulan lepas dengan menewaskan Perak 1-0 di Ipoh pada 28 Ogos, sebelum mengatasi Terengganu FC 1-0 di laman sendiri, Sabtu lalu dijadualkan berdepan Selangor pada aksi ketujuh Liga Super di Stadium UiTM, Shah Alam, Jumaat ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini mengenakan pemotongan tiga mata ke atas Melaka susulan kegagalan pasukan berkenaan menyelesaikan baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual ditetapkan.

Pasukan itu kini berada di tangga kelima kedudukan Liga Super dengan mengutip sembilan mata selepas enam perlawanan.

Artikel Berkaitan: