Keputusan Malaysia tetap sama

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
A
A
A

KUALA LUMPUR – Malaysia tetap dengan pendiriannya untuk tidak membenarkan atlet Israel menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019, di Kuching.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, keputusan tersebut dibuat atas dasar kemanusiaan dan belas ihsan mengenai nasib rakyat Palestin.

"Kami tidak akan berkompromi," kata Syed Saddiq dalam satu kenyataan menerusi aplikasi WhatAapp kepada media dalam menjawab keputusan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan pada 29 Julai hingga 4 Ogos di Kuching Sarawak.

ARTIKEL BERKAITAN: Tetap pendirian tak benar atlet Israel masuk Malaysia

"Jika penganjuran suatu acara sukan antarabangsa lebih penting daripada mempertahankan hak rakyat Palestin yang dibunuh, dicacatkan dan diseksa oleh rejim Netanyahu, ini bermakna Malaysia telah kehilangan arah moralnya.

“Kami ingin mengingatkan kepada IPC yang ‘Amnesty International dan Human Rights Watch’ sendiri telah melaporkan bahawa kerajaan Netanyahu sebagai pelaku jenayah perang.

“Sebagai pemimpin Israel, beliau melambangkan tekad bersama kerajaan Israel. Negara itu bertanggungjawab sepenuhnya atas keseluruhan tindakan moral mereka,” kata Syed Saddiq.

Menurut IPC, keputusan itu diambil semasa mesyuarat Lembaga tertingginya di London selepas Kementerian Dalam Negeri Malaysia gagal memberikan jaminan yang perenang para dari Israel boleh mengambil bahagian dalam keadaan bebas daripada diskriminasi dan selamat di kejohanan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Ini termasuk pematuhan penuh kepada protokol IPC yang berkaitan lagu kebangsaan dan bendera, dan pengeluaran penyediaan visa berkaitan, menurut kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web rasminya, www.paralympic.org. - Bernama