Public Islamic Bank tawar pembiayaan eksklusif EEV

Inisiatif bertujuan menyokong pertumbuhan tempatan dan penggunaan EEV di Malaysia.
Inisiatif bertujuan menyokong pertumbuhan tempatan dan penggunaan EEV di Malaysia.
A
A
A

PUBLIC Islamic Bank Berhad menyediakan kadar pembiayaan eksklusif serendah 2.20 peratus setahun sehingga sembilan tahun bagi pemohon pembiayaan untuk kenderaan cekap tenaga (EEV) di bawah Pembiayaan Sewa Beli-i AITAB.

Penyediaan kadar pembiayaan eksklusif itu merupakan sebahagian daripada promosi Kempen Hijau yang bertujuan menyokong pertumbuhan tempatan dan penggunaan EEV di Malaysia ke arah mengurangkan pelepasan karbon ke alam sekitar.

“Kempen EEV ini adalah sebagai menyokong inisiatif Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) yang dipelopori oleh Bank Negara Malaysia untuk mensejajarkan model perniagaan kewangan Islam ke arah merealisasikan matlamat syariah untuk menjana impak positif dan mampan kepada ekonomi, komuniti dan alam sekitar,” menurut bank itu dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, katanya, promosi yang berlangsung dari 1 April hingga 31 Disember 2020 itu hanya terpakai untuk model kenderaan terpilih.

Artikel Berkaitan: