Van de Beek mampu lebih menyerlah bersama Manchester United

Van de Beek (dua kanan) mencipta nama bersama Ajax Amsterdam kini memilih berbakti bersama Manchester United.
Van de Beek (dua kanan) mencipta nama bersama Ajax Amsterdam kini memilih berbakti bersama Manchester United.
A
A
A

BEKAS jurulatih Donny van de Beek di Ajax Amsterdam, Ruben Jongkind, percaya akan menjadi bencana kepada pemain tengah itu sekiranya memilih untuk menyertai kuasa bola sepak dunia Real Madrid berbanding Manchester United.

Menurut Jongkind: "Gaya permainan Van de Beek amat sesuai dengan cara bola sepak Inggeris berbanding dengan Sepanyol kerana di England dia akan berdepan saingan pemain dalam kalangan yang berusia sekitar 26 atau 27 tahun.

"Namun saya percaya Van de Beek telah menunjukkan karakter sebenarnya dalam kempen Eropah bahawa dia mempunyai kemahiran yang cukup untuk bermain di tahap tertinggi “Van de Beek suka cabaran dan sesuai dengan falsafah bola sepak Manchester United kerana sememangnya dia berazam melangkah lebih jauh pada masa depan.

“Manchester United mempunyai sejarah positif dalam perkembangan pemain muda, saya optimis ia adalah pilihan yang baik jauh lebih baik daripada menyertai Real Madrid." Sementara itu, Van de Beek mendedahkan bahawa dia dipujuk untuk menyertai The Red Devils atas nasihat rakan sepasukannya dalam skuad Belanda, Steven Bergwijn.

Dakwa tonggak baharu Manchester United itu, Bergwijn mahu dia menolak tawaran daripada skuad kendalian Ole Gunnar Solksjaer sebaliknya menyertai gergasi London, Tottenham Hotspur.

"Bergwijn pernah meyakinkan saya untuk menyertai Tottenham Hotspur sebelum ini apabila dia pernah menghantar satu mesej berbunyi: Adakah anda datang kepada kami (Tottenham Hotspur) atau tidak?.

"Namun saya menegaskan kepada Bergwijn bahawa saya telah memikirkan sedalam-dalamnya untuk menyertai Manchester United kerana inilah peluang terbaik mengembangkan karier ke peringkat tertinggi bersama kelab yang mempunyai sejarah hebat tidak hanya di liga Inggeris tetapi juga Eropah.

"Kami pernah beraksi bersama di Akademi Ajax Amsterdam sebelum dia kemudiannya menyertai remaja PSV Eindhoven pada 2011 hingga 2014. Sebenarnya kami masih bertanya khabar dan percaya kami akan bertemu lagi dalam masa terdekat," kata pemain remaja berusia 23 tahun itu.

Artikel Berkaitan:

Van de Beek pemain tengah melengkapkan perpindahan bernilai 40 juta pound dari Ajax ke United minggu lalu sebelum ini menjadi perhatian beberapa kelab gergasi Eropah termasuk Real Madrid, Barcelona dan Arsenal.

Tottenham sebelum itu dilaporkan juga berminat menggunakan khidmat Van de Beek, namun skuad kendalian Jose Mourinho itu terlewat dalam percubaan menandatangani pemain Belanda itu sebelum United.