Jurutera warga England ingkar kuarantin dijel, denda RM5,000

Gara-gara mengunjungi sebuah bank di Bangsar, ketika masih dalam tempoh kuarantin, seorang jurutera warganegara England dipenjara dua hari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini.
Gara-gara mengunjungi sebuah bank di Bangsar, ketika masih dalam tempoh kuarantin, seorang jurutera warganegara England dipenjara dua hari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gara-gara mengunjungi sebuah bank di Bangsar, ketika masih dalam tempoh kuarantin, seorang jurutera warganegara England dipenjara dua hari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohammad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap John Alan Forsyrh, 64, selepas dia mengaku bersalah ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dalam Bahasa Inggeris.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara dua bulan lagi sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Forsyrh didapati tidak mematuhi perintah-perintah sah dikeluarkan oleh pegawai diberi kuasa mengikut Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan melanggar peruntukan Seksyen 22 (b) akta sama pada 1.50 tengah hari, 20 Julai lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 24 (a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Syafiq Salleh merayu hukuman berbentuk denda dengan alasan tertuduh memberi kerjasama yang baik sepanjang ditahan oleh pihak berkuasa.

“Tertuduh telah berkhidmat lebih 20 tahun di Malaysia dan sudah tua, kini tinggal berseorangan di sini dan keluarganya menetap di England,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Khaliq Nazeri, bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh mengambil kira keseriusan kes tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Pihak pendakwaan memohon hukuman yang setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga kepada masyarakat umum, supaya mematuhi perintah kuarantin,” katanya.