Liverpool kena lebih agresif

Tsimikas pembelian The Reds bagi mengharungi saingan musim 2020/21.
Tsimikas pembelian The Reds bagi mengharungi saingan musim 2020/21.
A
A
A

Penyandang juara, Liverpool perlu lebih agresif di pasaran perpindahan permain dalam misi mempertahankan kejuaraan menjelang sepak mula Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas sekadar merekrut pemain bek kiri, Kostas Tsimikas dari Olympiakos sebagai pembelian pertama musim ini.

Menurut legenda The Reds, Graeme Souness, kelab Merseyside itu perlu memberi tumpuan dalam merekrut Thiago Alcantara dari juara Bundesliga Jerman, Bayern Munich yang mampu memperkukuhkan dan memperkuatkan cabaran Liverpool.

"Pada saya, Thiago Alcantara, pemain tengah Bayern Munich pilihan terbaik untuk gaya permainan Liverpool. Karakter kerja keras, tidak berputus asa dan memiliki kemahiran semula jadi. Biarpun berusia 29 tahun, namun saya percaya dia masih mampu beri impak positif dalam tempoh tiga tahun lagi.

"Ikutkan masa terbaik merekrut pemain adalah pada ketika pemain itu belum berada dalam radar kelab besar sebaliknya semasa dalam pencarian bakat.

"Jadi dalam situasi ini saya agak kecewa dan terkilan kerana Liverpool tidak melakukannya dengan segera semasa berstatus juara Eropah, juara dunia dan juara domestik," kata bekas pemain yang pernah menyarung jersi The Reds dari 1974 hingga 1984.

Pada masa sama bekas permain berusia 67 tahun itu percaya Alcantara mampu memantapkan bahagian dibarisi Fabinho dan Andy Robertson yang berjaya membentuk gandingan mantap di posisi itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Kita dapat lihat impak positif diberikan gandingan Fabinho dan Robertson, yang sebelum ini mengambil beberapa bulan membentuk keserasian bagi gaya sistem permainan Liverpool.

"Itu adalah Liverpool klasik ketika saya bermain di Anfield dan Manchester United klasik selama lebih dari 20 tahun di bawah kendalian Sir Alex Ferguson untuk mengukuhkan kedudukan dan seterusnya kekal berkuasa," katanya yang melakukan sebanyak 247 penampilan dan menjaringkan 38 gol bersama gergasi Inggeris itu.

Artikel Berkaitan:

Souness yang pernah mengurus Liverpool dari 1991 hingga 1994 juga mengakui bahawa skuad kendalian Jurgen Klopp itu masih dalam kalangan kelab pilihan menjuarai liga musim ini di sebalik kurang aktif dalam pasaran pembelian pemain baharu.

Katanya, Liverpool masih dalam senarai pilihan walaupun Chelsea, Manchester United dan Manchester City antara gergasi Inggeris yang paling kompetitif yang aktif di pasaran ketika ini.

"Manchester City dijangka memberi cabaran yang lebih kuat kali ini, sementara Chelsea mungkin dianggap sebagai kuda hitam setelah mengeluarkan sejumlah wang yang banyak.

"Liverpool adalah kelab pilihan untuk saingan gelaran kali ini, tetapi saya masih belum nampak keaktifan mereka lagi," katanya.