MP Tenggara sanggah dakwaan Menteri Agama TH tidak respons BNM, Jabatan Audit Negara

Iklan
Manndzri ketika sidang khas pembentangan RCI berhubung Lembaga TH di Dewan Rakyat, di sini pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib menyanggah dakwaan mengatakan bahawa pengurusan lama Lembaga Tabung Haji (TH) langsung tidak memberikan maklum balas terhadap Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Audit Negara.

Manndzri yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) berpendapat dakwaan dibangkitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan ketika sidang khas pembentangan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH seolah-olah cubaan mengelirukan Dewan Rakyat.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung Haji

Keluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji – Zaliha

Iklan

Ahli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkan

'Nak bahas saya atau Tabung Haji?' - Anwar

Iklan

PM perlu hadir bahas RCI TH untuk jawab - Mohd Syahir

RCI TH: Rosol ibaratkan ketiadaan PM seperti pengantin tak datang majlis kahwin

'Ini bukan tatakelola, ini tatatekola' – Afnan dakwa kerajaan tidak serius tangani isu RCI TH

RCI TH: Kabinet setuju siasatan penuh serta-merta

Pasukan khas ditubuh laksana syor RCI, pinda Akta TH - Zulkifli

[VIDEO] 'Tiada aset TH dijual kepada golongan bukan Islam atau China' - Menteri Agama

Lima kali BNM beri amaran kepada TH, bimbang kesan bayaran agihan untung tinggi - Dr Zulkifli

Pendeposit TH tidak perlu bimbang, urusan zakat dilaksana ikut syarak - Dr Zulkifli

Parlimen bukan tempat penerangan sehala, RCI Tabung Haji perlu dibahas - PN

'Boikot perbahasan RCI Tabung Haji bercanggah semangat titah Agong' - Sheikh Umar

Pulau sidang RCI TH penghinaan terhadap amanah rakyat, umat Islam – AMK

"TH telah memindahkan peruntukan sebanyak RM300 juta ke dalam rizab mereka, ini bukti tertulis bahawa ada maklum balas dan tindakan intervensi. Bagaimana Yang Berhormat Menteri boleh kata tiada maklum balas langsung?

"Fakta kedua, maklum balas bertulis kepada Jabatan Audit Negara. Lembaga TH tak pernah lari daripada pengauditan dan mengemukakan maklum balas rasmi melalui pelarasan polisi rosot nilai," katanya ketika sidang khas pembentangan RCI berhubung Lembaga TH di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Kata beliau, meskipun kaedah perakaunan Realisable Asset Value (RAV) dipertikaikan, hakikatnya terdapat maklum balas dan hujah teknikal dikemukakan oleh pengurusan Lembaga TH.

Jelasnya, Ketua Audit Negara (ketika itu) sudah pun mengambil maklum perkara berkenaan dan mengeluarkan penegasan perkara dalam Laporan Penyata Kewangan 2017.

"Jika Lembaga TH tak respons, pastinya tiada dokumen untuk diaudit. Janganlah kerana mahu menuding jari kepada pentadbiran terdahulu, Yang Berhormat Menteri sanggup mengatakan kononnya lima siri surat amaran daripada BNM dan teguran Ketua Audit Negara langsung tidak diendahkan serta tiada tindakan diambil," ujarnya.

Sementara itu, Manndzri berpendapat bahawa skop pelaporan tidak boleh terhenti setakat 2020 sahaja.

Sebaliknya, beliau mencadangkan agar ia dilanjutkan sehingga tahun ini memandangkan perkara paling penting dalam laporan RCI Lembaga TH adalah langkah-langkah mitigasi serta pembaikan syor bagi menyelamatkan institusi berkenaan.

Berdasarkan dapatan akhir RCI, kata Manndzri, terdapat empat cadangan alternatif yang telah dipertimbangkan untuk memulihkan kedudukan kewangan Lembaga TH.

"Boleh dilihat muka surat 115 hingga 117 dalam buku laporannya antara lain suntikan dana terus oleh kerajaan, aktifkan jaminan kerajaan berdasarkan Seksyen 24 Akta 535, wujudkan aset tertunda serta memindahkan aset kurang berdaya saing kepada Syarikat Tujuan Khas (SPV) untuk pemulihan TH.

"Pada akhirnya Kabinet memilih cadangan keempat dengan menubuhkan Syarikat Tujuan Khas (SPV) iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).

"UJSB mengambil alih aset yang dikatakan bermasalah sebanyak RM9.63 bilion ganti dengan instrumen sukuk, kupon sifar bernilai RM19.9 bilion bagi mencantikkan akaun.

"Kerajaan juga mengeluarkan dua sukuk dengan sokongan jaminan kerajaan bagi menggantikan nilai aset untuk tutup defisit kewangan dan membolehkan TH isytihar hibah (keuntungan) kepada pendeposit," ujarnya lagi.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan sama ada perkara tersebut mampu menuntaskan permasalahan atau ia sekadar 'disorokkan di bawah permaidani' Kementerian Kewangan (MOF) sebagai hutang jangka panjang.

Manndzri turut mempersoalkan kerajaan mengenai sukuk yang sudah matang tahun ini sama ada sudah habis bayar kepada Lembaga TH atau belum.

"Jika belum bayar kenapa tak bayar lagi? Tenggara dapat makluman hanya RM300 juta, RM100 juta (2019) dan RM200 juta (2020) yang dibayar daripada jumlah keseluruhan RM10 bilion.

"Kalau benar, adakah kerajaan masih berhutang dengan TH sebanyak RM9.7 bilion yang patutnya dibayar pada Mei 2026 tapi masih belum buat?" soalnya.