Pasukan khas ditubuh laksana syor RCI, pinda Akta TH -Zulkifli

Iklan

KUALA LUMPUR - Satu Pasukan Kerja (Task Force) sudah ditubuhkan bagi meneliti dan melaksana segala syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) ke arah usaha bagi meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pasukan itu dipengerusikan oleh Pengerusi TH dan dianggotai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan juga Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Iklan
Iklan

"Saya dimaklumkan Task Force ini bersetuju untuk mengesyorkan supaya aspek pengurusan dana dan pelaburan TH dikawalselia oleh SC manakala aspek pengurusan haji akan dikawal selia oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan TH kekal sebagai satu entiti yang utuh.

"Butiran lanjut syor tersebut akan diberikan kepada saya untuk pertimbangan lanjut bagi dibentangkan kepada kabinet untuk kelulusan seterusnya," katanya ketika menyampaikan penerangan pada sesi khas Dewan Rakyat bagi membahaskan laporan RCI TH, pada Selasa.

Iklan

Beliau menjelaskan, peruntukan undang-undang seperti piawaian perakaunan yang diguna pakai dan penalti salah lapor penyata kewangan akan dimasukkan ke dalam Akta Tabung Haji dan dikemaskini selaras cadangan-cadangan RCI bagi menjamin perkara yang dilaporkan oleh RCI tidak berulang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembangkang keluar dewan, protes sidang khas RCI Tabung Haji

Iklan

Keluar Dewan: Pembangkang tidak serius isu RCI Tabung Haji – Zaliha

Ahli Parlimen Bersatu tidak keluar dewan, mahu tempoh bahas RCI TH dipanjangkan

'Nak bahas saya atau Tabung Haji?' - Anwar

PM perlu hadir bahas RCI TH untuk jawab - Mohd Syahir

RCI TH: Rosol ibaratkan ketiadaan PM seperti pengantin tak datang majlis kahwin

'Ini bukan tatakelola, ini tatatekola' – Afnan dakwa kerajaan tidak serius tangani isu RCI TH

RCI TH: Kabinet setuju siasatan penuh serta-merta

Dalam pada itu Zulkifli menegaskan, krisis TH tidak berlaku dalam sekelip mata, sebaliknya ia kesan terkumpul daripada kerakusan dan penyelewengan, kelemahan tadbir urus, campur tangan kepentingan tertentu, keputusan pelaburan berisiko serta kegagalan menggambarkan kedudukan kewanwagn yang telus.

"Dicadangkan untuk larangan bagi ahli politik aktif dilantik sebagai Pengerusi atau anggota Lembaga TH. Alhamdulillah, TH sudah melaksanakan pelantikan kepimpinan, termasuk ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan, berdasarkan integriti, kebolehan, dan pengalaman berdasarkan kriteria"fit and proper" mengikut kerangka yang digunapakai oleh BNM.

"Sebenarnya kita punya ramai teknokrat dan tokoh yang berwibawa, kompeten, beramanah dan berintegriti untuk menerajui TH.

"Buktinya, TH kini berada dalam keadaan yang sangat baik dari sudut pengurusan haji, pelaburan, kewangan dan keseluruhannya," ujarnya.