KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini bertitah supaya siasatan berhubung Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) dijalankan 'sehingga ke lubang cacing'.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah langkah itu penting bagi memastikan setiap pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan sewajarnya, selain memastikan perkara sama tidak berulang pada masa akan datang.
Selain itu, Sultan Ibrahim juga bertitah supaya siasatan berhubung perkara berkenaan dilaksanakan secara menyeluruh, tanpa berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
ARTIKEL BERKAITAN:
'RCI Tabung Haji buktikan fitnah saya gadai aset umat Islam tidak benar' – Mujahid
'RCI hanya tunjuk tindakan dalaman pegawai TH, jadi siapa ahli politik UMNO 'sakau?' - Akmal Saleh
Penerbitan laporan penuh RCI Tabung Haji perkukuh ketelusan, amanah tadbir urus institusi – IKIM
RCI: RM88 bilion perlu diaktifkan jika TH gagal pelan pemulihan
Laporan RCI TH setebal 211 halaman diterbitkan
RCI dedah pelantikan ahli politik dalam TH jejaskan kredibiliti institusi
RCI syor Akta Tabung Haji dipinda, kuasa menteri terlalu luas
Kuasa menteri tamatkan khidmat pimpinan TH tanpa sebab perlu dikaji semula
RCI Tabung Haji: Keputusan hibah, bantuan haji dipengaruhi unsur politik
Hibah tinggi 2014 hingga 2017 lampaui kemampuan kewangan LTH
RCI Tabung Haji: Amalan bonus terlalu tinggi perlu dihentikan
RCI Tabung Haji: Panel Pelaburan TH perlu diperuntukkan semula dalam Akta 535
RCI Tabung Haji: Krisis berpunca daripada kelemahan tadbir urus, bukan salah guna kuasa
RCI Tabung Haji: Ahli politik aktif tidak wajar terajui TH
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pertemuan berlangsung lebih sejam di Istana Bukit Tunku, hari ini.
Dalam pertemuan itu, Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan taklimat mengenai kandungan Laporan RCI TH, selain isu semasa membabitkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Laporan RCI yang diterbitkan pada 29 Julai lepas mendedahkan pelbagai dapatan penting berkaitan pengurusan dan tadbir urus institusi berkenaan bagi tempoh 2014 hingga 2020.
Satu sidang khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 11 Ogos ini bagi membahaskan laporan berkenaan. - Bernama